![]() |
| Mozaini Auto |
03 Januari 2011 - Jalinan silaturrahim dikalangan ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas (KMJI) Kelantan. Mozaini Auto dan Zamany kali pertama bersua secara bersemuka dengan Mohammed Abdul Rajak ( Ayah Mat ) dan juga Iewan Mohd Nawi ( berbaju Celcom - yang merupakan Naib Yang DiPertua Kelab KMJI Kelantan) setelah sekian lama berhubung dan berkenalan dalam kumpulan KMJI melalui PTT sahaja. Atah Mat menyatakan dengan menggunakan PTT beliau dapat mengenal ramai kenalan baru yang akhirnya mesra seperti sebuah keluarga yang besar. Beliau amat bersyukur dengan teknologi PTT dapat merapatkan yang jauh dan mendapat kenalan baru serta melakukan kebajikan bersama.
Mozaini yang bekerja sebagai Agen Pemasaran alat-alat ganti kenderaan nasional telahpun berbincang dengan Ayah Mat serta mencadangkan supaya Kelab KMJI Kelantan dapat menjadi salah satu wakil pengedar alat ganti kenderaan di Kelantan. Menurutnya, beliau akan memberi peluang perniagaan ini kepada mana-mana ahli kelab yang berminat sebagai sumber pendapatan utama lantas dapat menaikkan lagi halatuju kelab tersebut. Dengan keuntungan jualan yang diperolehi maka dapatlah kita menambah dana di dalam tabung kebajikan kelab ini.
![]() |
| Berdiri dari kiri : Mozaini Auto, Iewan ( Naib Yang DiPertua Kelab KMJI Kelantan ) Duduk dari kiri : Ayah Mat, Zamany, Menantu Ayah Mat. |
![]() |
| Antara alat ganti kenderaan yang dipasarkan oleh Mozaini Auto |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan