1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
1)beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
2) beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
3) beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 1
4) belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
5)beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia dan beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
23 Mac 2011
Pendaftaran Ahli Baru
22 Mac 2011 - Taman Sungai Isap Jaya, Kuantan Pahang. Pertemuan dan pendaftaran ahli baru dalam Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas Kelantan. Pertemuan ini dibuat oleh saudara Tuan Mat selaku AJK Kelab bahagian Kota Bharu. Dengan berjumpanya rakan-rakan Push To Talk ( PTT ) secara dekat, maka dapatlah lagi mengeratkan hubungan silaturrahim sambil mendaftarkan diri bagi rakan-rakan yang belum lagi berdaftar dengan Kelab KMJI.


14 Mac 2011
Meraikan Ahli Baru
11 Mac 2011 - Kampung Padang Mokkan. Jamuan bubur lambuk telah diadakan oleh Yang DiPertua Kelab KMJI Kelantan ( Raja Ali Bin Raja Kechik ) sempena menyambut 10 orang ahli yang baru mengisi borang ahli Kelab KMJI. Jamuan ini berlangsung pada jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Kehadiran ahli dijangkakan seramai lebih kurang 50 orang.
Sambutan Maulidul Rasul
Baru-baru ini Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas Kelantan ( Kelab KMJI ) telah menjayakan sambutan Maulidul Rasul bersama penduduk kampung. Majlis itu diadakan di kediaman bendahari KMJI ( Zulkeple Bin Daud ) bermula jam 8:30 mlm hingga jam 11:30 mlm. Sambutan itu juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran seramai 60 orang ahli serta penduduk kampung.

Langgan:
Catatan (Atom)
