Sepatah Kata

..

Kelab KMJI Kelantan Slide Show

24 November 2010

KMJI Menyambut Piala Malaysia Bersama OKU

Photobucket
Ayah Mat Bersalaman Bersama Ahli-ahli
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan
22 November 2010- Jam 11.00pg-2.00ptg. Mohamed Bin Abdul Rajak atau dikenali dengan nama Ayah Mat mewakili Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI )Kelantan datang meraikan kemenangan Bola Sepak Piala Malaysia 2010 yang dianjurkan oleh Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Malaysia cawangan Jelawat, Bachok Kelantan. Majlis disambut dengan begitu meriah dimana ahli-ahli persatuan datang membanjiri perkarangan pejabat persatuan tersebut.

Menurut kata Ayahmat, majlis ini diraikan kerana salah seorang ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan yang dikenali dengan nama Pok Ya yang telah bernazar akan buat majlis kesyukuran sekiranya Piala Malaysia bagi permainan bola sepak dimenangi oleh Pasukan Bola Sepak Kelantan ( Red Warrior ).
Photobucket
Photobucket
PhotobucketPhotobucket

19 November 2010

Jejak Kasih Kelab KMJI Kelantan

Photobucket19 November 2010, Jam 9.30am - 12.00pm - Kg Kuau Bachok Kelantan. Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kelantan menjejak hubungan kekeluargaan Mohamed Bin Abdul Rajak (Ayah Mat) yang telah sekian lama berjauhan daripada zaman kanak kanak beliau. Ayah Mat kini telah menceceah umur 50an. Dengan prinsip (3M) iaitu Mencari, Membantu dan Memberi yang diamalkan oleh Kelab KMJI, maka ayahmat dapat bertemu kembali dengan saudara beliau yang telah sekian lama tidak berjumpa. Diantara saudara yang telah ditemukan oleh KMJI iaitu :

* Mazlan Bin Yusof ( Ayahanda Lan Maran )di alamat No 31 Lorong 4, Taman Maran Jaya, 26500 Maran Pahang.

* Keluarga Tengku Bongsu yang beralamat di Taman Tengku Bongsu, Wakaf Zin Bachok.

* Abdul Ghani Bin Hasyim ( Abg Sani 3G ) di alamat Lot 1057, Kampung Lepar Limbat, 16150 Kota Bharu Kelantan.

* Amiludin Bin Deris ( Ami Merah ) Kampung Baru Beris Lalang, Jelawat 16070 Bachok Kelantan.

Dengan adanya perkhidmatan PTT maka dapat memudahkan lagi proses jejak kasih ini.
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Photobucket
Photobucket

18 November 2010

KMJI Meriahkan Perayaan Bersama Ahli

Photobucket
Khamis 18 November 2010 - Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas  (KMJI) Kelantan meriahkan lagi sambutan Hari Raya Korban a.k.a Hari Raya Haji dengan berkunjung ke rumah Lie Roti Sedap (KD 023) di Kampung Beris Lalang dan juga ke rumah Kulie di Kampung Wakaf Zin. 

Tujuan program ramah mesra hari raya ini di adakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ini amat menitikberatkan kesatuan antara ahli dan menerapkan konsep ikhlas dikalangan ahli.

Ucapan jutaan terima kepada semua ahli-ahli yang terlibat dalam menjayakan majlis kunjungan ramah mesra aidil adha kali ini.
Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

15 November 2010

Cadangan Membuat Bilik Rawatan Mandi Wap Secara Tradisional

Baru baru ini Ayahanda Tokku dan Ayah Mat telah berjumpa dengan Pengurus Pusat Rawatan Tradisional ( Mandi Wap ) di Wakaf Bharu. Sehubungan dengan itu mereka berbingcang untuk membuka satu Pusat Rawatan di bawah Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas( KMJI ) Kelantan yang bertempat di kawasan Daerah Pasir Puteh. Buat masa sekarang tempat dan lokasi yang akan didirikan masih lagi dalam perbincangan.

Tujuan mengadakan Pusat Rawatan ini adalah untuk mengisi tabung kebajikan ( dana ). Di mana mandi wap ini berfungsi dapat merawat penyakit diabetis, buah pinggang, darah tinggi, kolestrol, resdung dan penyakit kulit amnya. Rawatan ini terbuka kepada semua masyarakat terutamanya kepada ahli dan masyarakat di sekitar kawasan lokasi tersebut.  Rawatan yang telah diuruskan oleh Pusat Rawatan Tradisional Wakaf Baru ini telahpun berjasa kepada masyarakat selama 9 Tahun.

Memandangkan kelab ini baru ditubuhkan dan tidak mempunyai kewangan yang teguh, maka kami memerlukan dana dari para dermawan yang baik hati untuk menjayakan matlamat yang murni ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ayahanda Tok Ku di talian 019-923 7755.

Kepada sesiapa yang ingin menderma bolehlah masukkan sumbangan anda ke akauan:

Bank Simpanan Nasional ( BSN )
No Acc : 1111029863507044
Nama    : Raja Ali Bin Raja Kechik

14 November 2010

Ribuan Terima Kasih Kepada Pokok Mas

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pokok Mas ( KD 153 ) kerana sudi memberi sumbangan ikhlas yang amat berharga bagi Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua untuk memeriahkan majlis " Meraikan Kejayaan Anak Dato' Bob Yang Mendapat 5A ( UPSR )" pada hari ini. Antara sumbangan yang disalurkan ialah berupa kek dan lain lain kuih muih yang di proses olehnya sendiri.
Photobucket
Kuih Muih sumbangan Pokok Mas
Menurut kata Pokok Mas, beliau juga sedia menerima tempahan kek dan kuih muih sekiranya pengunjung blog ini ingin membuat tempahan samada tempahan hari raya atau sebagainya. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ayahanda Tokku sebagai wakil di talian 019-923 7755.




Meraikan Kejayaan Anak Dato Bob Yang Mendapat ( 5A ) UPSR

Photobucket
Sumbangan Daripada Ayah Mat
14 November 2010, Dataran Perahu Pantai Irama Bachok. Jam 2.00 - 4.00 petang. Ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua berkumpul beramai ramai sempena meraikan kejayaan adik Wan Nur Nalisa Binti Burdhan kerana mencapai kejayaan 5A dalam UPSR Sekolah Kebangsaan Peringat. Sekalung ucapan tahniah daripada Ayahanda Tok Ku ( Raja Ali Bin Raja Kechik ) selaku pengerusi kelab KMJI dan Ayah Mat sebagai penganjur majlis tersebut. Majlis berlangsung dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati daripada Ayah Mat. Ahli yang hadir seramai 50 orang.

Pengerusinya, Raja Ali Raja Kechik ( Ayahanda Tokku ) berkata, majlis ringkas itu diadakan bagi memberi dorongan kepada Wan Nur Nalisa dan juga semua pelajar pelajar lain supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Menurutnya Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua berkonsepkan kebajikan tidak melupakan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar terbabit.

"Kita meneruskan agenda kebajikan selaras dengan matlmat penubuhan kelab ini selain dari mengeratkan perhubungan melalui kemudahan Push To Talk ( PTT )." Saya mengucapakan terima kasih kepada 50 ahli yang hadir meraikan kejayaan pelajar ini, ianya menggambarkan sokongan kita kepada pencapaian anak-anak ahli amnya," katanya.

Sementara itu penyelaras program, Mohamed Abdul Razak berkata, dia berharap program meraikan pelajar cemerlang dijadikan acara tahunan kerana ianya memberi manfaat kepada ahli. Menurutnya, sumbangan seperti itu mendorong semangat belajar kepada anak-anak ahli lain pada masa akan datang. "Ahli perlu memaklumkan kejayaan anak-anak mereka kepada jawatankuasa KMJI agar penyusunan dapat dilakukan bagi mengelak tercicir daripada menerima sumbangan yang disediakan."

Photobucket

Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 SK Peringat

Photobucket14 November 2010, Dewan Sekolah Kebangsaan Peringat, Kota Bharu Kelantan. Majlis Anugerah Pencapaian Pelajar Terbaik UPSR 2010 telah diadakan bermula pada jam 7.45 pagi hingga jam 12.45 tgh. Majlis ini dihadiri oleh 5orang wakil dari Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua. Antara wakil yang hadir ialah Dato Bob, IewanRock, Tuan Mat, Amrol dan Abang A. Din.

Diantara pelajar yang mendapat pencapaian 5A dlm UPSR 2010 salah seorang daripadanya merupakan anak kepada AJK Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua iaitu adik Wan Nur Nalisa Binti Burdhan. Adik Wan Nur Nalisa ini juga merupakan anak bongsu daripada Dato' Bob dan isterinya. Tahniah dan Selamat Berjaya.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

11 November 2010

Pertemuan Ayah Mat dan Pok Sop PP

Photobucket
Ayah Mat ( kiri ) dan Pok Sop PP ( kanan)
11 November 2010, Kg Jelor Pasir Puteh. Pertemuan antara Ayah Mat [KD 131] dengan Pok Sop PP buat pertama kalinya. Pertemuan tadi bermula pada jam 9.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Antara ahli yang hadir ialah Ayahanda Tok Ku, Abang Amrol, Tuan Mat, Yie MPV dan IewanRock. Dengan pertemuan ini diharapkan semoga lebih mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli dan juga masyarakat.
Photobucket

09 November 2010

Tahniah Buat Ayahanda Dan Bonda

09 November 2010, Hospital Tengku Anis Pasir Puteh. Tahniah diucapkan kepada Ayahanda Tok'Ku sekeluarga kerana bonda selamat melahirkan cahayamata perempuan yang comel kira kira pada jam 5.30 minit pagi tadi. Ayah Mat datang melawat puteri Ayanhanda Tok Ku serta menyampaikan cenderahati sempena kelahiran baru Ayahanda Tok Ku dan Mak Bonda.

Semoga kedatangan puteri dalam keluarga Ayahanda Tok Ku akan menambahkan mawaddah serta rahmah kepada keluarga beliau serta dilimpahi rezeki yang berpanjangan. Amin.




08 November 2010

Takziah Buat Abg Zul95

Photobucket08 November 2010 - Kg Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Setinggi tinggi ucapan takziah daripada kami ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua kepada Abg Zul95 (kod ahli KD 106 ) di atas kematian ayah beliau pada malam tadi . Kami sisini mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. ( Al- Fatihah.... )

Kami disini juga amat bersimpati keatas pemergiaan ayahnya. " Sesungguhnya Setiap Yang Hidup Pasti Akan Menemui Kematian " maka kita sebagai insan yang kerdil lagi lemah ini terpaksalah terimanya dengan redha. Semoga Allah akan merahmati juga keluarga arwah.

Sehubungan dengan itu, Ayahanda Tok Ku bersama 5 orang ahli kelab yang lain sempat menziarahi keluarga arwah sambil menghulurkan sedikit bantuan kewangan. Diharap dengan sumbangan yang tidak seberapa itu dapat menampung keperluan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah arwah.

Dengan ini, Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua  memohon kepada masayrakat di luar sana supaya dapat bekerjasama serta dapat memberi sumbangan ikhlas kepada kelab ini untuk disalurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan dengan sebaiknya. Sumbangan daripada masyarakat yang bertanggungjawab amatlah di harapkan. Terima kasih.
PhotobucketPhotobucket