 |
| Penyerahan Borang |
09 Januari 2011 - Kg Padang Mokkan Peringat. Hj Mohamed Bin Abdul Rajak ( Ayah Mat ) telah meyempurnakan penyerahan beberapa borang ahli yang baru mendaftar dalam Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ( KMJI ) Kelantan kepada Naib Yang DiPertua kelab iaitu saudara Zuhairi Bin Mohd Nawi ( Iewan ).
Menurut kata Ayah Mat, beliau pergi ke Kuala Lumpur selama seminggu adalah bertujuan untuk menziarahi anakanda-nya yang baru sahaja melahirkan cahayamata, di kesempatan itu juga Ayah Mat sempat memperkenalkan Kelab KMJI Kelantan ini kepada beberapa kenalan beliau yang berjaya ditemuai. Beliau telah menceritakan dengan lebih lanjut tentang halatuju dan matlamat penubuhan kelab ini. Oleh itu, dengan seikhlas hati kenalan VIP beliau iaitu Dato' Mohammad Bin Daud bersetuju dan menandatangani borang Kelab KMJI Kelantan. Kami berasa amat bertuah dan berbangga kepada Ayah Mat kerana beliau amat berusaha supaya Kelab KMJI akan lebih maju jaya di masa akan datang.
Dengan ini, Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ( KMJI ) Kelantan memohon kepada masayrakat di luar sana supaya dapat bekerjasama serta dapat memberi sumbangan ikhlas kepada kelab ini untuk disalurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan dengan sebaiknya. Sumbangan daripada masyarakat yang bertanggungjawab amatlah di harapkan. Terima kasih.
 |
| Dari kiri : Che Som ( Bonda ), Hj. Mohamed ( Ayah Mat ), Dato' Mohammad dan Hj. Habin Faisal |
 |
| Dr. Fathi Khalifa M. Agob, Chairman Afaq Consultancy Sdn Bhd dan Ayah Mat |
 |
Hj Habin Faisal Hj Mohamed ( Penaung Kelab KMJI Kelantan )
dan Dr. Fathi Khalifa M. Agob, Chairman Afaq Consultancy Sdn Bhd |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan