Sepatah Kata

..

Kelab KMJI Kelantan Slide Show

10 Januari 2011

Penyerahan Borang Ahli

Penyerahan Borang
09 Januari 2011 - Kg Padang Mokkan Peringat. Hj Mohamed Bin Abdul Rajak ( Ayah Mat ) telah meyempurnakan penyerahan beberapa borang ahli yang baru mendaftar dalam Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ( KMJI ) Kelantan kepada Naib Yang DiPertua kelab iaitu saudara Zuhairi Bin Mohd Nawi ( Iewan ).

Menurut kata Ayah Mat, beliau pergi ke Kuala Lumpur selama seminggu adalah bertujuan untuk menziarahi anakanda-nya yang baru sahaja melahirkan cahayamata, di kesempatan itu juga Ayah Mat sempat memperkenalkan Kelab KMJI Kelantan ini kepada beberapa kenalan beliau yang berjaya ditemuai. Beliau telah menceritakan dengan lebih lanjut tentang halatuju dan matlamat penubuhan kelab ini. Oleh itu, dengan seikhlas hati kenalan VIP beliau iaitu Dato' Mohammad Bin Daud bersetuju dan menandatangani borang Kelab KMJI Kelantan. Kami berasa amat bertuah dan berbangga kepada Ayah Mat kerana beliau amat berusaha supaya Kelab KMJI akan lebih maju jaya di masa akan datang.

Dengan ini, Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ( KMJI ) Kelantan memohon kepada masayrakat di luar sana supaya dapat bekerjasama serta dapat memberi sumbangan ikhlas kepada kelab ini untuk disalurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan dengan sebaiknya. Sumbangan daripada masyarakat yang bertanggungjawab amatlah di harapkan. Terima kasih.
Dari kiri : Che Som ( Bonda ), Hj. Mohamed ( Ayah Mat ), Dato' Mohammad dan Hj. Habin Faisal

Dr. Fathi Khalifa M. Agob, Chairman Afaq Consultancy Sdn Bhd dan Ayah Mat

Hj Habin Faisal Hj Mohamed ( Penaung Kelab KMJI Kelantan )
dan Dr. Fathi Khalifa M. Agob, Chairman Afaq Consultancy Sdn Bhd

03 Januari 2011

Jalinan Hubungan Silaturrahim Di Subang Jaya

Mozaini Auto
03 Januari 2011 - Jalinan silaturrahim dikalangan ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas (KMJI) Kelantan. Mozaini Auto dan Zamany kali pertama bersua secara bersemuka dengan Mohammed Abdul Rajak ( Ayah Mat ) dan juga Iewan Mohd Nawi ( berbaju Celcom - yang merupakan Naib Yang DiPertua Kelab KMJI Kelantan) setelah sekian lama berhubung dan berkenalan dalam kumpulan KMJI melalui PTT sahaja. Atah Mat menyatakan dengan menggunakan PTT beliau dapat mengenal ramai kenalan baru yang akhirnya mesra seperti sebuah keluarga yang besar. Beliau amat bersyukur dengan teknologi PTT dapat merapatkan yang jauh dan mendapat kenalan baru serta melakukan kebajikan bersama.

 Mozaini yang bekerja sebagai Agen Pemasaran alat-alat ganti kenderaan nasional telahpun berbincang dengan Ayah Mat serta mencadangkan supaya Kelab KMJI Kelantan dapat menjadi salah satu wakil pengedar alat ganti kenderaan di Kelantan. Menurutnya, beliau akan memberi peluang perniagaan ini kepada mana-mana ahli kelab yang berminat sebagai sumber pendapatan utama lantas dapat menaikkan lagi halatuju kelab tersebut. Dengan keuntungan jualan yang diperolehi maka dapatlah kita menambah dana di dalam tabung kebajikan kelab ini.
Berdiri dari kiri : Mozaini Auto, Iewan ( Naib Yang DiPertua Kelab KMJI Kelantan )
Duduk dari kiri : Ayah Mat, Zamany, Menantu Ayah Mat.




Antara alat ganti kenderaan yang dipasarkan oleh Mozaini Auto



01 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa Yang Hari Ini Sama Dengan Hari Kelmarin, Maka Dia Termasuk Orang Yang Merugi. Dan Barangsiapa Yang Hari Ini Lebih Baik Daripada Hari Kelmarin, Maka Dia Termasuk Orang Yang Beruntung, Dan Barangsiapa Yang Hari Ini Lebih Buruk Dari Kelmarin, Maka Dia Termasuk Orang Yang Dilaknat ALLAH SWT" .


Doa Tahun Baru :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".