 |
| Silaturrahim terjalin... |
|
10 Disember 2010 - Jalinan silaturrahim dikalangan ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas (KMJI) Kelantan. Adik Husin Jebon kali pertama bersua secara bersemuka dengan Jara Kota Jembal (berbaju putih - yang merupakan Setiausaha Kelab KMJI) setelah sekian lama berhubung dan berkenalan dalam kumpulan KMJI melalui PTT sahaja. Jara Kota Jembal menyatakan dengan menggunakan PTT beliau dapat mengenal ramai kenalan baru yang akhirnya mesra seperti sebuah keluarga yang besar. Beliau amat bersyukur dengan teknologi PTT dapat merapatkan yang jauh dan mendapat kenalan baru serta melakukan kebajikan bersama.
 |
| Adik Husin Jebon, Ayah Mat Teksi, Jara & Haji Habin Faisal |

Turut serta dalam pertemuan tersebut Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed (Penaung KMJI) bertujuan bertanya khabar tentang keadaan kesihatan Adik Husin serta melawat tempat penginapan adik husin di Flat Hock Ann Chow Kit, Kuala Lumpur. Inisiatif ini di ambil kerana cerita tentang penderitaan adik Husin pernah disiarkan dalam KOSMO baru-baru ini.
Turut bersama-sama dalam pertemuan ini ialah Ayah Mat Teksi dan juga saudara Zaidomiazawa yang merupakan ahli baru kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas (KMJI).
 |
| Zaidomiazawa, Ayah Mat Teksi, Adik Husin & Haji Habin Faisal |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan