Sepatah Kata

..

Kelab KMJI Kelantan Slide Show

30 Disember 2010

Beramah Mesra Bersama Ahli

27 November 2010, 8.00 - 11.30 mlm - Kampung Padang Mokkan, Peringat Kota Bharu Kelantan. Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ( KMJI ) Kelantan sekali lagi mengadakan aktiviti kelab sempena menyambut beberapa orang ahli yang baru mendaftar dalam Kelab KMJI Kelantan. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi suai kenal diantara ahli baru dengan ahli yang sedia ada dan jamuan Laksa sumbangan Mohamed Abdul Rajak ( Ayah Mat ).

Di kesempatan itu juga Ayahanda Tokku ( Yang Dipertua ) telah menyampaikan sedikit ucapan mengenai halatuju kelab dimasa akan datang. Semoga dengan kedatangan tahun baru 2011 yang tidak berapa lama lagi akan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti kelab terutamanya aktiviti amal bersama para ahli dan masyarakat.
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

11 Disember 2010

Jalinan Hubungan Silaturrahim

Silaturrahim terjalin...
10 Disember 2010 - Jalinan silaturrahim dikalangan ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas (KMJI) Kelantan. Adik Husin Jebon kali pertama bersua secara bersemuka dengan Jara Kota Jembal (berbaju putih - yang merupakan Setiausaha Kelab KMJI) setelah sekian lama berhubung dan berkenalan dalam kumpulan KMJI melalui PTT sahaja. Jara Kota Jembal menyatakan dengan menggunakan PTT beliau dapat mengenal ramai kenalan baru yang akhirnya mesra seperti sebuah keluarga yang besar. Beliau amat bersyukur dengan teknologi PTT dapat merapatkan yang jauh dan mendapat kenalan baru serta melakukan kebajikan bersama.

Adik Husin Jebon, Ayah Mat Teksi, Jara & Haji Habin Faisal

Turut serta dalam pertemuan tersebut Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed (Penaung KMJI) bertujuan bertanya khabar tentang  keadaan kesihatan Adik Husin serta melawat tempat penginapan adik husin di Flat Hock Ann Chow Kit, Kuala Lumpur. Inisiatif ini di ambil kerana cerita tentang penderitaan adik Husin pernah disiarkan dalam KOSMO baru-baru ini.

Turut bersama-sama dalam pertemuan ini ialah Ayah Mat Teksi dan juga saudara Zaidomiazawa yang merupakan ahli baru kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas (KMJI).
Zaidomiazawa, Ayah Mat Teksi, Adik Husin & Haji Habin Faisal

09 Disember 2010

Kelab KMJI menyalurkan sumbangan...

09 Disember 2010 - Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas (KMJI) menyalurkan sumbangan kepada golongan fakir miskin, golongan kurang upaya serta mereka yang ditimpa musibah. KMJI mensasarkan sumbangan ini kepada 40 keluarga yang memerlukan. Ianya bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Atas dasar keperihatinan, maka KMJI membantu mereka sekadar yang terdaya dengan dana yang terhad.

Segala sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Penaung Kelab KMJI iaitu Tuan Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed bersama-sama dengan Yang Di Pertua KMJI iaitu Ayahanda Tok Ku. Turut serta dalam rombongan menyalurkan bantuan tersebut ialah Ayah Mat, Abang A.Din,  Jara Kota Jembal, Tuan Mat, Iwe, Dato Bob dan korporat dari Kuala Lumpur iaitu Saudara Mohd Akmal. 

Pihak KMJI mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan semua terutama mereka yang telah memberi sumbangan dana untuk menjayakan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Terima Kasih.





Ayahanda Tok Ku menyampaikan bantuan kepada beberapa keluarga yang memerlukan bagi meringankan bebanan yang dihadapi.



Dato' Bob mewakili pihak KMJI menyampaikan bantuan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Haji Habin Faisal bin Haji Mohamed (Penaung Kelab KMJI) mewakili KMJI menyampaikan bantuan makanan harian kepada Zaharah Mamat yang cacat penglihatan dan tinggal sendirian di rumah usang peninggalan arwah ibunya.



Ayah Mat mewakili KMJI menyalurkan bantuan kepada keluarga faqir dan miskin di daerah Bachok, Kelantan.


Ayah Mat mewakili pihak KMJI menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan dan Orang Kurang Upaya (OKU) cawangan Kelantan.

08 Disember 2010

Sekalung Takziah

Photobucket08 December 2010 - Kampung Banggol Chicha Pasir Mas. Sekalung ucapan takziah daripada kami ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ( KMJI ) Kelantan kepada keluarga arwah (Mat Roni Bin Che Mama) yang telah meninggal dunia pada malam tadi.  Kami semua mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. (Al- Fatihah..!)

Kami disini juga amat bersimpati keatas pemergiaan arwah iaitu salah seorang ahli Kelab KMJI Kelantan. " Sesungguhnya Setiap Yang Hidup Pasti Akan Menemui Kematian " maka kita sebagai insan yang kerdil lagi lemah ini terpaksalah terimanya dengan redha. Semoga Allah akan merahmati juga keluarga arwah.

Sehubungan dengan itu, Ayahanda Tok Ku ( Yang DiPertua ) bersama penaung kelab ( Haji Habin Faisal Bin Haji Mohamed ) serta 5 orang ahli kelab yang lain sempat menziarahi keluarga arwah sambil menghulurkan sedikit bantuan kewangan. Di harap dengan sumbangan yang tidak seberapa itu dapat menampung keperluan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah arwah.

Dengan ini, Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ( KMJI ) Kelantan memohon kepada masyarakat di luar sana supaya dapat bekerjasama serta dapat memberi sumbangan ikhlas kepada kelab ini untuk disalurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan dengan sebaiknya. Sumbangan daripada masyarakat yang bertanggungjawab amatlah di harapkan dan pihak kami alu-alukannya. Terima kasih.