| Sumbangan Daripada Ayah Mat |
14 November 2010, Dataran Perahu Pantai Irama Bachok. Jam 2.00 - 4.00 petang. Ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua berkumpul beramai ramai sempena meraikan kejayaan adik Wan Nur Nalisa Binti Burdhan kerana mencapai kejayaan 5A dalam UPSR Sekolah Kebangsaan Peringat. Sekalung ucapan tahniah daripada Ayahanda Tok Ku ( Raja Ali Bin Raja Kechik ) selaku pengerusi kelab KMJI dan Ayah Mat sebagai penganjur majlis tersebut. Majlis berlangsung dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati daripada Ayah Mat. Ahli yang hadir seramai 50 orang.
Pengerusinya, Raja Ali Raja Kechik ( Ayahanda Tokku ) berkata, majlis ringkas itu diadakan bagi memberi dorongan kepada Wan Nur Nalisa dan juga semua pelajar pelajar lain supaya bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Menurutnya Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Islam ( KMJI ) Kayangan Dua berkonsepkan kebajikan tidak melupakan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar terbabit.
"Kita meneruskan agenda kebajikan selaras dengan matlmat penubuhan kelab ini selain dari mengeratkan perhubungan melalui kemudahan Push To Talk ( PTT )." Saya mengucapakan terima kasih kepada 50 ahli yang hadir meraikan kejayaan pelajar ini, ianya menggambarkan sokongan kita kepada pencapaian anak-anak ahli amnya," katanya.
Sementara itu penyelaras program, Mohamed Abdul Razak berkata, dia berharap program meraikan pelajar cemerlang dijadikan acara tahunan kerana ianya memberi manfaat kepada ahli. Menurutnya, sumbangan seperti itu mendorong semangat belajar kepada anak-anak ahli lain pada masa akan datang. "Ahli perlu memaklumkan kejayaan anak-anak mereka kepada jawatankuasa KMJI agar penyusunan dapat dilakukan bagi mengelak tercicir daripada menerima sumbangan yang disediakan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan