Baru baru ini Ayahanda Tokku dan Ayah Mat telah berjumpa dengan Pengurus Pusat Rawatan Tradisional ( Mandi Wap ) di Wakaf Bharu. Sehubungan dengan itu mereka berbingcang untuk membuka satu Pusat Rawatan di bawah Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas( KMJI ) Kelantan yang bertempat di kawasan Daerah Pasir Puteh. Buat masa sekarang tempat dan lokasi yang akan didirikan masih lagi dalam perbincangan.
Tujuan mengadakan Pusat Rawatan ini adalah untuk mengisi tabung kebajikan ( dana ). Di mana mandi wap ini berfungsi dapat merawat penyakit diabetis, buah pinggang, darah tinggi, kolestrol, resdung dan penyakit kulit amnya. Rawatan ini terbuka kepada semua masyarakat terutamanya kepada ahli dan masyarakat di sekitar kawasan lokasi tersebut. Rawatan yang telah diuruskan oleh Pusat Rawatan Tradisional Wakaf Baru ini telahpun berjasa kepada masyarakat selama 9 Tahun.
Memandangkan kelab ini baru ditubuhkan dan tidak mempunyai kewangan yang teguh, maka kami memerlukan dana dari para dermawan yang baik hati untuk menjayakan matlamat yang murni ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ayahanda Tok Ku di talian 019-923 7755.
Kepada sesiapa yang ingin menderma bolehlah masukkan sumbangan anda ke akauan:
Bank Simpanan Nasional ( BSN )
No Acc : 1111029863507044
Nama : Raja Ali Bin Raja Kechik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan