Kelab KMJI Kelantan Slide Show
26 Ogos 2011
21 Ogos 2011
15 Ogos 2011
Bengkel Penyediaan Permohonan Geran dari LPKM
15 Ogos 2011 - Pihak Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia NGO's telah menjemput Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas Kelantan untuk memberi penerangan dalam Penyediaan Permohonan Geran dengan pihak Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia ( LPKM )
Program tersebut bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberi penerangan kepada badan-badan NGO's di daerah Pasir Puteh tentang peruntukan yang akan diberikan kepada mana-mana badan NGO's yang ingin membuat promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara insentif.
Teras perkhidmatan beliau adalah membina upaya organisasi dalam bidang promosi kesihatan melalui latihan dan pemberian geran atau lain-lain bantuan kewangan dari Kumpulan Wang Lembaga bagi membantu program dan aktiviti promosi kesihatan.

10 April 2011
Sedikit Sumbangan Mangsa Kebakaran
10 April 2011 - Kg Padang Mokkan, Peringat Kota Bharu Kelantan. Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas Kelantan ( KMJI ) telah mengadakan lawatan mengejut sambil menghulurkan sedikit sumbangan. Bertujuan untuk meringankan beban keluarga mangsa yang mengalami kebakaran rumah.
Raja Ali Bin Raja Kechik ( Ayahanda ) selaku Yang Dipertua Kelab KMJI bersama beberapa orang ahli kelab datang menziarahi keluarga Mustapha Bin Ibrahim pada kira-kira jam 5.00 petang sambil munghulurkan sumbangan daripada kelab. Kami amat bersimpati dan mengucapkan takziah buat saudara Mustapha serta keluarga.

| Ayahanda Tokku bersama ahli Kelab KMJI memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran ( Mustapha Ibrahim ) |
| Bahagian tangga rumah mangsa kebakaran |
| Semua ruangan rumah turut terkorban dijilat api |
23 Mac 2011
6 Teka Teki IMAM GHAZALI
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
1)beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
2) beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
3) beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 1
4) belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
5)beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia dan beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Pendaftaran Ahli Baru
14 Mac 2011
Meraikan Ahli Baru
Sambutan Maulidul Rasul
09 Februari 2011
Perubatan Tradisional
| Ahli Jemaah sedang mendapatkan rawatan daripada Pok Li Tayar |
| Penaung Kelab KMJI turut mendapat rawatan daripada Pok Li Tayar |
07 Februari 2011
02 Februari 2011
10 Januari 2011
Penyerahan Borang Ahli
| Penyerahan Borang |
Menurut kata Ayah Mat, beliau pergi ke Kuala Lumpur selama seminggu adalah bertujuan untuk menziarahi anakanda-nya yang baru sahaja melahirkan cahayamata, di kesempatan itu juga Ayah Mat sempat memperkenalkan Kelab KMJI Kelantan ini kepada beberapa kenalan beliau yang berjaya ditemuai. Beliau telah menceritakan dengan lebih lanjut tentang halatuju dan matlamat penubuhan kelab ini. Oleh itu, dengan seikhlas hati kenalan VIP beliau iaitu Dato' Mohammad Bin Daud bersetuju dan menandatangani borang Kelab KMJI Kelantan. Kami berasa amat bertuah dan berbangga kepada Ayah Mat kerana beliau amat berusaha supaya Kelab KMJI akan lebih maju jaya di masa akan datang.
Dengan ini, Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas ( KMJI ) Kelantan memohon kepada masayrakat di luar sana supaya dapat bekerjasama serta dapat memberi sumbangan ikhlas kepada kelab ini untuk disalurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan bantuan dengan sebaiknya. Sumbangan daripada masyarakat yang bertanggungjawab amatlah di harapkan. Terima kasih.
| Dari kiri : Che Som ( Bonda ), Hj. Mohamed ( Ayah Mat ), Dato' Mohammad dan Hj. Habin Faisal |
| Dr. Fathi Khalifa M. Agob, Chairman Afaq Consultancy Sdn Bhd dan Ayah Mat |
| Hj Habin Faisal Hj Mohamed ( Penaung Kelab KMJI Kelantan ) dan Dr. Fathi Khalifa M. Agob, Chairman Afaq Consultancy Sdn Bhd |
03 Januari 2011
Jalinan Hubungan Silaturrahim Di Subang Jaya
![]() |
| Mozaini Auto |
03 Januari 2011 - Jalinan silaturrahim dikalangan ahli Kelab Kebajikan Masyarakat Jiwa Ikhlas (KMJI) Kelantan. Mozaini Auto dan Zamany kali pertama bersua secara bersemuka dengan Mohammed Abdul Rajak ( Ayah Mat ) dan juga Iewan Mohd Nawi ( berbaju Celcom - yang merupakan Naib Yang DiPertua Kelab KMJI Kelantan) setelah sekian lama berhubung dan berkenalan dalam kumpulan KMJI melalui PTT sahaja. Atah Mat menyatakan dengan menggunakan PTT beliau dapat mengenal ramai kenalan baru yang akhirnya mesra seperti sebuah keluarga yang besar. Beliau amat bersyukur dengan teknologi PTT dapat merapatkan yang jauh dan mendapat kenalan baru serta melakukan kebajikan bersama.
Mozaini yang bekerja sebagai Agen Pemasaran alat-alat ganti kenderaan nasional telahpun berbincang dengan Ayah Mat serta mencadangkan supaya Kelab KMJI Kelantan dapat menjadi salah satu wakil pengedar alat ganti kenderaan di Kelantan. Menurutnya, beliau akan memberi peluang perniagaan ini kepada mana-mana ahli kelab yang berminat sebagai sumber pendapatan utama lantas dapat menaikkan lagi halatuju kelab tersebut. Dengan keuntungan jualan yang diperolehi maka dapatlah kita menambah dana di dalam tabung kebajikan kelab ini.
![]() |
| Berdiri dari kiri : Mozaini Auto, Iewan ( Naib Yang DiPertua Kelab KMJI Kelantan ) Duduk dari kiri : Ayah Mat, Zamany, Menantu Ayah Mat. |
![]() |
| Antara alat ganti kenderaan yang dipasarkan oleh Mozaini Auto |
Langgan:
Ulasan (Atom)